Halaman

Khamis, 15 Julai 2010

Zipper Tote Bag +Boxy Pencil case+Boxy Cosmetic pouch delivered to my Office mate

Zipper Tote Bag untuk office mate ni berjaya disiapkan lebih awal dari yg dijangkakan kerana disediakan materialnya.Hasilnya adalah tote bag yg berzip +2 pencil case+free cosmetic pouch.

Selasa, 6 Julai 2010

Cushion cover from old shirt n old curtain

Daripada dibuang or di simpan dalam stor baik kita jadikan sesuatu yg boleh dipakai mcm yg aku buat ini.
Cushion ni dibuat dari bantal2 yg telah penyek dan sarungnya pulak dari kemeja lama yg dah x muat dan curtain rumah masa belajar kat jepun dulu.kainnya masih cantik dan sgt sesuai dibuat sarung cushion.

Khamis, 24 Jun 2010

Boxy pouch for my soul mate

Dia cakap dia nak pouch yg boleh isi toiletries masa dia nak outstation ke Manila next week.So disebabkan x cukup masa nak cari material,aku terfikir jeans lama yg masih kelihatan baru.Then aku pi cari jaket zip kat kedai craft then buatkan dia Boxy Pouch....kalau dalam bahasa jopunnya org cakap 'Aijou o komete no boxy pouch':-)

Ahad, 20 Jun 2010

Pencil case 'Rock'!

Atas permintaan anak bujang nak pencil case baru,aku pun buatkan lah .Disebabkan x ada material yang sesuai utk anak bujang(sebab yg ada semua lebih2 kain buat curtain n stool cover) so aku gunting seluar jeans ayahnya + seluar army adiknya yang dah x muat.Buka cuti sekolah ni dapatlah dia pencil case baru.Aku cakap pada dia design ni satu je dalam dunia ni tau...from mama with love:-)

Khamis, 17 Jun 2010

Photo frame


Photo frame ni dibuat dari scrap material yg  diambil dari tempat kerja.dari pada dibuang baik buat craft..so dibalut dgn kain lebihan dari buat kitchen curtain hari tu and buat lining dari tali guni(??ntah tali apa org panggil).then lekat gambar anak2 kat situ n gantung.

My new handbag + multipurpose pouch

Berbekalkan hook+D-ring and snap button yang dibeli secara online daripada craftshop di craftzone,siap my new handbag +pouch.Fabric adalah dari lebihan buat stool cover..kira sedondon mcm fesyen org umah sultan brunei:-) .yg menarik pasal bag ni kat tepinya(bhg depan ada satu lagi zip kecil utk letak brg2 rahsia wanita.Part yg mesin jahit aku x lepas aku pi jahit kat kedai jeans.abg kat kedai tu puji bag ni .siap ckp bag ni kalau bwk jalan2 x malu nih..bangga sekejap..;-).lepas tgk bag ni siap, si Aiman minta aku buatkan baju utk robot2 nya yg kecik2 tu..adus...permintaannya melampaui kebolehan aku.kakak dah book handbag utk nya ,si Abang pulak minta buatkan pencil case baru...nampaknya busy la aku lepas ni

Rabu, 16 Jun 2010

Craft blog yang menarik

Baru-baru ini aku ada jumpa craft website yang sangat menarik.pendek kata website yang x kedekut ilmu.Sape2 yg tahu bahasa Jepun leh belajar dari blog sini...Enjoy and happy sewing:-)http://www.kokka.co.jp/ ,
dan
http://yousai.net/

Isnin, 14 Jun 2010

100% Complete..Fitting test..QC check pass..ready to go home...

Tarannnn..akhirnya siap dijahit zip diatasnya..ready to 'Balik kampung'..la la la..:-)

Fakta perihal bag ini;
-menggunakan fabrik berwarna 
 orange yang asalnya  adalah alas 
 meja.
-First time jahit piping..tu pun belajar 
 dari blog'little big nest'
-Beli tali piping dari blog zilakassim 
  secara online.
-Dijahit secara beransur2 selepas
 balik  dari kerja.
-Slot utk berus gigi ada 5 slot kerana
  keluarga aku 5 org .
-Beg ni sgt sesuai utk di isi tuala,selimut waima bantal sekalipun.
-Tidak digalak kan digendong ke hulu kehilir utk lebih tahan lama:-)
-Kalau emergency boleh buat selimut or bantal.
-Sangat sesuai utk budak2 asrama yg selalu bwk balik byk baju bila cuti..terutamanya anak sulung
  aku he he:-)

Rabu, 9 Jun 2010

Denim bag

Ini adalah himpunan bag2 yang aku jahit daripada jeans lama.mana2 seluar jean yg x pakai dah selamat diselamatkan menjadi bag.

Isnin, 7 Jun 2010

Dari tin kosong....

Haa  ini pulak tin kosong bekas isi chemical...so lepas basuh elok2 syg nak buang.kalau letak bunga atas ni cantik jugak nih...aku beli tali guni n lekatkan....

Bekas isi rempah...

Botol ni sebenarnya daripada botol sambal belacan.botolnya cantik...syg nak buang.so aku pakaikan baju dan letak huruf2..belum siap lagi ada lagi 1 botol utk lengkapkan ejaan...

Bag "Balik kampung".....




Bag ini boleh isi banyak baju.lebarnya 30inch.tingginya 17inch.ditepi kanan nya aku buatkan tempat utk letak berus2 gigi dan ubat gigi...user friendly lah gitu.Ditepi kiri pulak aku buatkan tempat letak majalah kecil or notepad. Dihadapannya aku buatkan tempat letak pakaian XXX.Haaa senang x pyh nak tercari2....Kalau dah x nak guna boleh lipat2 utk disimpan...:-) Bag ni lum siap sepenuhnya.Atasnya nanti aku nak jahitkan zip.so baju x terkeluar2..Yang paling best pasal jahit bag ni ialah pipingnya.piping ni first time aku buat.tu pun belajar dari blog lain.tali piping ni beli online dari blog zilakasim.

Washable stool cover-from IKEA Fabric


Stool ni sebenarnya diambil dari sofa yg dibeli di Cavenci.Sofanya ada dirumah kat Bgn lalang.Stoolnya daripada kotor so aku buatkan cover.cover ni boleh dibasuh sbb ada snap button kat tepinya.