Halaman

Khamis, 15 Julai 2010

Zipper Tote Bag +Boxy Pencil case+Boxy Cosmetic pouch delivered to my Office mate

Zipper Tote Bag untuk office mate ni berjaya disiapkan lebih awal dari yg dijangkakan kerana disediakan materialnya.Hasilnya adalah tote bag yg berzip +2 pencil case+free cosmetic pouch.

Selasa, 6 Julai 2010

Cushion cover from old shirt n old curtain

Daripada dibuang or di simpan dalam stor baik kita jadikan sesuatu yg boleh dipakai mcm yg aku buat ini.
Cushion ni dibuat dari bantal2 yg telah penyek dan sarungnya pulak dari kemeja lama yg dah x muat dan curtain rumah masa belajar kat jepun dulu.kainnya masih cantik dan sgt sesuai dibuat sarung cushion.

Khamis, 24 Jun 2010

Boxy pouch for my soul mate

Dia cakap dia nak pouch yg boleh isi toiletries masa dia nak outstation ke Manila next week.So disebabkan x cukup masa nak cari material,aku terfikir jeans lama yg masih kelihatan baru.Then aku pi cari jaket zip kat kedai craft then buatkan dia Boxy Pouch....kalau dalam bahasa jopunnya org cakap 'Aijou o komete no boxy pouch':-)

Ahad, 20 Jun 2010

Pencil case 'Rock'!

Atas permintaan anak bujang nak pencil case baru,aku pun buatkan lah .Disebabkan x ada material yang sesuai utk anak bujang(sebab yg ada semua lebih2 kain buat curtain n stool cover) so aku gunting seluar jeans ayahnya + seluar army adiknya yang dah x muat.Buka cuti sekolah ni dapatlah dia pencil case baru.Aku cakap pada dia design ni satu je dalam dunia ni tau...from mama with love:-)

Khamis, 17 Jun 2010

Photo frame


Photo frame ni dibuat dari scrap material yg  diambil dari tempat kerja.dari pada dibuang baik buat craft..so dibalut dgn kain lebihan dari buat kitchen curtain hari tu and buat lining dari tali guni(??ntah tali apa org panggil).then lekat gambar anak2 kat situ n gantung.

My new handbag + multipurpose pouch

Berbekalkan hook+D-ring and snap button yang dibeli secara online daripada craftshop di craftzone,siap my new handbag +pouch.Fabric adalah dari lebihan buat stool cover..kira sedondon mcm fesyen org umah sultan brunei:-) .yg menarik pasal bag ni kat tepinya(bhg depan ada satu lagi zip kecil utk letak brg2 rahsia wanita.Part yg mesin jahit aku x lepas aku pi jahit kat kedai jeans.abg kat kedai tu puji bag ni .siap ckp bag ni kalau bwk jalan2 x malu nih..bangga sekejap..;-).lepas tgk bag ni siap, si Aiman minta aku buatkan baju utk robot2 nya yg kecik2 tu..adus...permintaannya melampaui kebolehan aku.kakak dah book handbag utk nya ,si Abang pulak minta buatkan pencil case baru...nampaknya busy la aku lepas ni

Rabu, 16 Jun 2010

Craft blog yang menarik

Baru-baru ini aku ada jumpa craft website yang sangat menarik.pendek kata website yang x kedekut ilmu.Sape2 yg tahu bahasa Jepun leh belajar dari blog sini...Enjoy and happy sewing:-)http://www.kokka.co.jp/ ,
dan
http://yousai.net/